Monday, October 25, 2010

Bola Sepak Malaysia





Assalamualaikum. Sekadar pandangan. Bola sepak kita masih lagi tercari2 tonik mujarab untuk dijadikan ramuan bagi meningkatkan prestasi. Sampai hari ini, masih belum diperoleh ramuan tersebut. Pelbagai program2 pembangunan telah dijalankan. Peruntukan dan budget yang besar telah digunakan. tetapi masih di takuk lama. Apa masalahnya? Bagaimana caranya? Apa yang diperlukan? Bagi saya yang cetek ilmu pengalaman serta pengetahuan ingin la juga melontarkan pandangan. Walaupun tidak disukai oleh pihak2 tertentu tetapi komen ini boleh dijadikan penambahbaikan bagi meningkat mutu sukan negara. Dalam permainan bola sepak. Kejayaan sesuatu pasukan apabila berjaya menjaringkan gol dan bukannya berjaya mengawal bola. Tidak dinafikan faktor mengawal bola memang penting untuk menjaringkan gol. Tetapi sekiranya tiada gol dijaringkan dan hanya berjaya mengawal bola. masih lagi dikira GAGAL. Jadi masalah pemain2 bolasepak di Malaysia ialah sukar untuk menjaringkan gol. Kalau ada pemain import, pemain importlah penjaring terbanyak. Kalau main di luar negara bermain dgn pasukan yang lemah..Faktor nasib pula dijadikan alasan kerana tidak menjaringkan gol tetepi dpt megawal bola. Tetapi kalau lawan yang kuat, faktor mental dan kurang pendedahan pula dijadikan alasan. Jadi masalhnya ia SUKAR MENJARINGKAN GOL. Jadi bila dah tahu punca kenalah cari penyelesaiannya. Cara selesainya ialah cadangan dari saya ialah setiap pemain malaysia terutamanya penyerang perlu menguasai kedua2 kaki sekiranya mempunyai tubuh badan yang kecil. Sekiranya mempunyai tubuh badan yang besar perlu mempunyai kemahiran menanduk bola dengan tepat. Ini kerana bola akan masuk gol melalui sepakan atau tandukan. Kita tengok rata-rata pemain Malaysia terutamanya penyerang, mereka akan menggunakan kaki yang dominan sahaja untuk menjaringkan gol. Jika menggunakan kaki satu lagi, pasti sepakan yang lemah yag mampu dihasilkan. Inikan merugikan peluang yang ada. Tetapi sekiranya hanya melakukan kaki yang sama sahaja, maka mudahlah pertahanan pihak lawan membaca setiap pergerakan. Jadi faktor ini yakni kemahiran kedua2 belah kaki amat penting dalam usaha mendapatkan gol....

1 comment:

  1. Tahniah, penghasilan blog yang baik, teruskan usaha yang baik ini.

    webmaster SMKPK

    ReplyDelete